|
Notice Assignment Saturday, 26 December 2009 ASSIGNMENT ON NOTICES Do your own research on finding what defines a notice and the common layout of a notice by any means necessary. E.g. Dictionaries, Internet. Your main task is to create a notice for each of the following situations. Choose THREE. Delivery: Each should be done on a fresh piece of A4 paper. Once all three notices done attached with a cover page with your full name, group name, and then type the situations you’ve chosen on top of each notices. Your notices will be assessed on the following: 1. Language – appropriateness (Correct use of words), clarity, simplicity and brevity (include only necessary information), grammar. 2. Relevance 3. Effectiveness 4. Creativity/originality -------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- Situation 1: Welders in a plumbing workshop need to wear eye protection at all times when they are welding. Failure to do so could cause serious eye damage. Situation 2: The cleaning lady has just mopped all the tiles in the toilet and they are still wet and very slippery. Situation 3: You are a shop owner and your front door has been stuck for days, no one can get in. Customers have to be directed to the back door entrance. Situation 4: Create your own notice that you think would be appropriate somewhere in the college. Situation 5: You are a government officer working at the visa section of immigration. Before any papers can be processed for your ‘customers’ you must see their IC, passport and Birth Certificate. Many people wait in line for a very long time to see you and most of them do not have all these documents with them. There is no notice telling them which documents are required for visa processing. You decide that a notice must be posted alerting them to which documents are required because so many people wait in the queue and then have to go home to get these documents. Pnd Munakahat Wednesday, 23 December 2009 PENGENALAN NIKAH Apa yang dimaksudkan dengan nikah itu? Nikah ialah suatu akad (ijab dan qabul) bagi menyatukan lelaki dan perempuan dalam satu ikatan buat mengharuskan dan menghalalkan pergaulan dan persetubuhan menurut syarat-syarat yang tertentu oleh syara' HIKMAH PERKAHWINAN Perkahwinan mempunyai banyak faedah dan hikmah, antaranya;
HUKUM NIKAH Apa hukum nikah itu? Hukumnya adalah sunat kerana menurut jejak langkah rasulullah sallallahu alaihi wasalam. Dalam pada itu dari segi-segi tertentu hukumnya adalah seperti berikut :
belanja kahwin b. Ia tidak mempunyai keinginan hendak kahwin tetapi sudah ada di perolehinya belanja kahwin itu, tetapi ada padanya penyakit seperti lemah zakarnya atau ia sudah tua.
MELIHAT PEREMPUAN Apa hukum melihat perempuan yang di cadangkan akan di kahwini itu? Sunat bagi orang yang bercadang akan mengkahwini seseorang perempuan itu melihat akan perempuan itu pada muka dan dua tapak tangannya ( zahir dan batin ) hingga pergelangannya, walaupun tanpa izin perempuan itu. Apa hukumnya seorang perempuan melihat lelaki yang di kehendakinya akan menjaid suami? Sunat bagi perempuan itu melihat lelaki tersebut selain daripada di antara pusat dan lutut lelaki itu. Apa hukumnya bagi lelaki melihat perempuan? Hukumnya adalah haram selain daripada perkara-perkara berikut : a. Kerana hendak di ambilnya menjadi isteri b. Kerana naik saksi ke atasnya c. Kerana berniaga atau barang sebagainya d. Kerana mengajar ilmu pengetahuan yang berguna e. Kerana hendak mengubati. ( termasuk membantu melahirkan anak ) f. Kerana ia hakim memberi hukum keatasnya atau baginya dengan sesuatu hukum MEMILIH PASANGAN (PEMILIHAN) Apakan dasar-dasar yang patut di jadikan pegangan dalam memilih seseorang perempuan yang akan di kahwini itu? Pegangan dalam memilih seseorang perempuan yang akan di kahwini itu adalah berdasarkan kepada taat kepada agama, dan inilah dasar yang di utamakan, di samping itu ada tiga dasar yang lain lagi iaitu :
Terangkan sunat-sunat dalam memilih perempuan yang di kahwini itu ? Adalah sunat hukumnya berkahwin dengan perempuan seperti berikut :- i. Taat kepada agama ii. Diketahui ibu bapanya iii. Keturunan orang baik-baik iv. Baik rupanya sekira-kira menarik keinginan suami v. Keturunan orang peranak vi. Pengasihan vii. Sempurna akalnya viii. Baik perangainya ix. Sudah baligh x. Tiada mengandung xi. Kurang maharnya xii. Bukan keluarga terdekat ( sepupu ) xiii. Anak dara Apa hukumnya jika perempuan itu terlebih cantik daripada sekalian perempuan yang banyak? Hukumnya adalah makruh. Apa hukumnya bagi perempuan dan walinya dalam memilih lelaki yang akan di kahwini oleh perempuan itu? Hukumnya adalah sunat. PEREMPUAN YANG HARAM DI NIKAHI Terangkan sebab-sebab perempuan yang haram di nikahi itu? Sebabnya ada tujuh iaitu :- • Sebab keturunan • Sebab susuan Haram selama-lamanya • Sebab berambil-ambilan • Sebab permaduan • Sebab kafir • Sebab isteri orang • Sebab dalam iddah 1 . Sebab Keturunan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi di sebabkan oleh keturunan itu? Ada tujuh jenis iaitu : - a. Ibu b. Anak perempuan c. Saudara perempuan ( adik-beradik ) d. Saudara perempuan bagi ibu ( ibu saudara sebelah ibu ) e. Saudara perempuan bagi bapa ( ibu saudara sebelah bapa ) f. Anak perempuan bagi saudara lelaki ( anak buah ) g. Anak perempuan bagi saudara perempuan ( anak buah ) 2. Sebab Susuan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi di sebabkan oleh susuan itu? Ada enam jenis :- a. Ibu susuan b. Anak perempuan susuan c. Saudara perempuan susuan d. Saudara perempuan bagi ibu susuan e. Saudara perempuan bagi bapa susuan f. Anak perempuan bagi saudara susuan Apakah syarat-syarat susuan itu ? Syarat-syarat susuan itu ada sepuluh perkara :- i. Hendaklah umur perempuan yang menyusukan itu telah sempurna sembilan atau lebih ii. Hendaklah air susu itu dari perempuan yang hidup iii. Hendaklah yang keluar dari susu perempuan itu ialah air susu, bukan yang lain daripada air susu umpamanya darah. iv. Hendaklah perempuan yang menyusui itu bukan pondan yang belum tentu ia adalah perempuan ( khunsa musykil ) v. Hendaklah air susu perempuan itu terjadi daripada nikah vi. Hendaklah umur kanak-kanak yang menyusu itu kurang daripada dua tahun vii. Hendaklah air susu yang di hisap oleh kanak-kanak itu sampai kedalam perutnya viii. Hendaklah ia menyusu itu genap lima kali menurut kebiasaan ix. Hendaklah lima kali susuan itu bercerai-cerai masa dan tempatnya di antara satu dengan yang lain x. Hendaklah lima kali susuan itu dengan yakin Bagaimana mensabitkan susuan itu? Susuan itu sabit dengan dua orang saksi lelaki, atau dengan seorang lelaki bersama-sama dengan dua orang perempuan, atau dengan empat orang perempuan dan ikrar dengan susuan itu pula tiada sabit melainkan dengan dua orang saksi lelaki. Dan di syaratkan pada saksi susuan itu hendaklah disebutkan waktu menyusunya, bilangan-bilangan menyusu, bercerai-cerai susuan itu, dan sampai susu itu ke dalam perut anak itu. Dan cara mengetahui susuan itu sampai kedalam perutnya diantaranya ialah melalui karenah iaitu is menghisap susu dan bergerak-gerak halkumnya dan memang ia mengetahui bahawa perempuan yang menyusu itu mempunyai air susu. 3. Sebab berambil-ambilan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi di sebabkan oleh berambilan-ambilan ( semenda ) itu ? Ada empat jenis, iaitu :- I. Mertua II. Menantu III. Ibu tiri IV. Anak tiri * Haram Selama-lamanya Adapun perempuan-perempuan yang haram di nikahi dengan sebab : - • Sebab keturunan • Sebab susuan • Sebab berambil-ambilan adalah haram selama-lamanya. 4. Sebab Permaduan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi dengan sebab permaduan itu ? Ada empat jenis iaitu : 1. Saudara perempuan bagi isteri 2. Anak perempuan bagi saudara isteri 3. Saudara perempuan bagi bapa / isteri 4. Saudara perempuan bagi ibu isteri Adakah haram menikahi perempuan dengan sebab permaduan itu untuk selama-lamanya atau sementara saja? Haramnya adalah dibuat sementara saja. Bilakah masanya ia di haruskan? Ia di haruskan dengan adanya salah satu daripada sebab-sebab berikut : • Isterinya itu sudah meninggal • Isteri itu sudah di talak ( cerai ) dengan talak tiga walaupun belum habis edahnya. • Isteri itu sudah di talak dengan talak satu, atau talak dua dengan syarat edahnya sudah sempurna di laluinya. 5.Sebab Kafir Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram di nikahi dengan sebab kafir itu? Maksudnya ialah lelaki yang beragama islam adalah haram hukumnya bernikah dengan perempuan yang tidak beragama islam, kecuali jika perempuan yang dikenali itu adalah kafir kitabiah ( ahli kitab ) Apa hukumnya perempuan Islam bernikah dengan lelaki bukan islam ? Hukumnya adalah haram walaupun lelaki itu di kenali sebagai kafir kitabiah 6.Sebab isteri orang Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram di nikahi dengan sebab isteri orang itu ? Perempuan yang sedang bersuami adalah haram di nikahi dan nikah itu adalah tidak sah, walaupun suaminya itu ghaib dan tidak lagi ada khabar beritanya. 7.Sebab dalam edah Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram di nikahi dengan sebab dalam edah? Perempuan yang telah bercerai dari suaminya tetapi perempuan itu masih dalam edah adalah haram hukumnya perempuan itu di nikahi oleh lelaki yang lain, dan nikah itu adalah tidak sah. RUKUN NIKAH Rukun nikah itu ada lima , iaitu :- 1. Suami 2. Isteri 3. Wali 4. Dua orang saksi 5. Ijab dan qabul 1.Suami Syarat-syarat lelaki yang ingin menjadi suami itu ada enam syarat, iaitu :- i. Hendaklah ia halal nikah dengan perempuan yang akan di kahwininya itu ii. Hendaklah nikah itu dengan kemahuannya iii. Hendaklah ia mengetahui akan diri perempuan yang akan di nikahinya itu iv. Hendaklah ia tidak di dalam ihram kerana mengerjakan ibadat haji atau umrah v. Hendaklah ia tidak mempunyai isteri empat orang vi. Hendaklah nyata ia seorang lelaki 2.Isteri Syarat-syarat perempuan yang ingin menjadi isteri itu ada tujuh syarat, iaitu :- i. Hendaklah ia halal nikah dengan lelaki yang akan menikahinya itu ii. Hendaklah perempuan itu tertentu orangnya iii. Hendaklah ia tidak di dalam Ihram kerana mengerjakan ibadat Haji atau Umrah iv. Hendaklah ia bukan isteri orang v. Hendaklah ia tidak di dalam edah dari suaminya yang lain vi. Hendaklah ia beragama islam ( atau kafir kitabiah ) vii. Hendaklah ia nyata seorang perempuan. 3.Wali Wali ialah pemilihara atau penjaga yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang akan di nikahkan itu seperti bapa, dato, saudara lelaki dan bapa saudara sebelah bapa. Syarat-Syarat Wali Ada lapan :- i. Hendaklah ia Islam ii. Hendaklah ia lelaki iii. Hendaklah ia baligh iv. Hendaklah ia berakal v. Hendaklah dengan kemahuannya vi. Hendaklah ia tidak fasil vii. Hendaklah ia tidak di dalam Ihram kerana mengerjakan ibadat haji atau umrah 4.Dua Orang Saksi Syarat-syarat bagi dua orang saksi itu ada dua belas iaitu :- i. Hendaklah ia islam ii. Hendaklah ia lelaki iii. Hendaklah ia dua orang iv. Hendaklah ia berakal v. Hendaklah ia sudah baligh vi. Hendaklah ia melihat vii. Hendaklah ia merdeka viii. Hendaklah ia mendengar ix. Hendaklah ia dapat berkata-kata x. Hendaklah ia mengerti maksud Ijab dan Qabul xi. Hendaklah ia adil xii. Hendaklah ia bukan bapa atau wali yang tertentu bagi perempuan yang bernikah itu. 5.Ijab Dan Qabul. Syarat-syarat bagi Ijab dan Qabul itu ada lapan iaitu :_ i. Hendaklah Ijab itu di ikuti oleh Qabul dengan segeranya ii. Hendaklah Ijab dan Qabul itu di dengar oleh kedua orang saksi yang mengerti akan maksudnya. iii. Hendaklah bersamaan Ijab dan Qabul itu pada maknanya, walaupun bersalahan pada lafaznya. iv. Hendaklah Ijab dan Qabul itu tidak bertaklik. v. Hendaklah Ijab dan Qabul itu tidak di hadkan waktunya. vi. Hendaklah di sebutkan dengan khusus perempuan yang di nikahkan itu di dalam Ijab dan Qabul itu vii. Ijab dan Qabul itu hendaklah di lakukan dalam bahasa arab. [ dengan kata dasar ‘nikah’ atau ‘tazwij’ ] dan jika dalam bahasa lain maka hendaklah menggunakan terjemahan salah satu daripada kedua-dua perkataan dalam bahasa arab itu dan terjemahannya dalam bahasa melayu ialah ‘aku nikahkan’ atau ‘aku kahwinkan’ viii. Hendaklah Ijab itu tidak berubah sebelum adanya Qabul itu. PND Syllabus (TAHARAH) Thursday, 17 December 2009 Najis Najis ialah benda-benda yang kotor yang menghalang sahnya ibadat tertentu seperti tahi dan muntah.Cara menyucikan najis ialah dengan menghilangkannya. Bersuci daripada najis itu tertentu kepada badan, pakaian dan tempat. Air Bahagian Air Air terbahagi kepada empat bahagian, iaitu;
Air Mutlak Air mutlak ialah air yang turun dari langit atau keluar dari bumi dalam keadaan sifat asal kejadiannya. Adapun air yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi itu mengandungi tujuh perkara;
Air Musyammas Air Musyammas ialah air yang dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas pada bejana (bekas) yang menerima tukul (tagar) selain daripada bejana emas dan perak. Air Musta'mal Air musta'mal ialah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas, iaitu air yang digunakan pada membasuh yang pertama pada wudhu yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah atau bertambah timbangannya. Air Mutanajis Air mutanajis ialah air yang jatuh najis kedalamnya serta berubah rasanya atau baunya atau warnanya sekalipun air itu sampai dua kolah, atau air itu tidak sampai dua kolah yang najis kedalamnya sekalipun sifat air itu tidak berubah. Sukatan Air Air yang banyak ialah air yang terkumpul sebanyak dua kolah atau lebih, dan air yang sedikit ialah air yang terkumpul yang kurang daripada dua kolah. Cara mengetahui air dua kolah itu ada berbagai cara; 1. sukatan dua kolah ialah tiga belas tin minyak tanah biasa 2. Timbangan dua kolah ialah lima ratus kati Baghdad bersamaan dengan tiga ratus tujuh belas kati brunei 3. Ukuran bekas air yang bersamaan dengan dua kolah itu ialah: I. Jika bekas itu bulat maka tingginya ialah dua hasta setengah (2 1/2) dan bulatannya ialah satu hasta (1) II. Jika bekas itu empat persegi, maka tingginya satu hasta suku (1 1/4) dan lebar tiap-tiap seginya juga satu hasta suku juga (1 1/4) Bahagian Najis Najis tebahagi kepada tiga bahagian:
Najis Mukhafafah (ringan)
Cara menyucikan najis Mukhafafah ialah dengan dibuang najis itu, kemudian dipercikkan air di merata-rata tempat yang kena najis itu, dengan tidak disyaratkan air itu mengalir. Najis Mughalazah
Cara menyucikan najis Mughalazah ialah dengan membasuh tempat yang kena najis itu tujuh kali dan sekali daripada dengan air bercampur dengan tanah yang suci. Najis Mutawasittah Najis Mutawasittah ialah najis yang lain daripada najis Mukhafafah dan najis Mughalazah seperti:
Bahagian Najis Mutawasittah Ada dua iaitu;
Cara menyucikan najis Ai'nah ialah memadai dengan mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu. Cara menyucikan najis Hukmiah ialah dengan dibuang najis itu, kemudian dibasuh tempat yang kena najis itu dengan air hingga rasanya, baunya dan warnanya. Hadas Hadas terbahagi kepada dua iaitu;
Hadas kecil Hadas kecil ialah orang yang tidak berwudhu. Dan sebab berhadas kecil ialah seperti;
Perkara yang diharamkan keatas orang yang berhadas kecil ada empat
Hadas Besar Hadas besar ialah orang yang melakukan atau berlaku keatasnya perkara yang mewajibkan mandi itu ada enam perkara;
Perkara yang diharamkan keatas orang yang berhadas besar (bagi bersetubuh dan keluar air mani) ada enam perkara:
Wudhu Wudhu ialah membasuh anggota-anggota yang tertentu dengan air berserta niat yang tertentu Syarat-Syarat Wudhu Syarat-syarat wudhu itu ada tujuh;
Rukun Wudhu Rukun Wudhu itu ada enam
Sunat-sunat wudhu
Rujukan Zainut Talib penggal pertama (Taharah dan Solah) PND Jenayat Wednesday, 16 December 2009 Isi Kandungan:
PENGENALAN JENAYAH Maksud Jenayah Jenayat ialah perbuatan yang dilarang oleh syara' yang ditentukan hukumnya dengan qisas, hudud dan takzir seperti membunuh, mencuri dan berzina. Hukum Melakukan Jenayah Perbuatan jenayat ialah haram dan termasuk dalam kumpulan dosa-dosa besar. Hukuman jenayat itu ialah: I. Qisas II. Hudud III. Takzir Hikmah Hukuman Jenayah
ZINA Maksud zina: Zina ialah hubungan jenis yang dilakukan oleh lelaki dan perempuan yang bukan suami isteri Hukum Melakukan Zina Melakukan zina adalah haram dan perbuatan keji yang termasuk dalam dosa besar Orang Yang Melakukan Zina Terbahagi kepada dua: I. Orang yang pernah nikah (Muhsan) II. Orang yang tidak pernah nikah (Ghairi Muhsan) Hukuman Orang Yang Berzina Orang yang pernah nikah: Direjam dengan batu yang sederhana besarnya hingga mati. Orang yang tidak pernah nikah: Disebat dengan rotan sebanyak 100 kali sebatan dan dibuang negeri selama satu tahun di tempat yang jauhnya dua merhalah (56 batu atau lebih kurang 91KM) Hikmah Diharamkan Zina
MINUM ARAK Maksud meminum arak Meminum arak ialah meminum minuman yang memabukkan samaada sedikit atau banyak dan samaada ia mabuk atau tidak Hukum Meminum Arak Meminum arak adalah haram dan termasuk dalam berdosa besar Hukuman Keatas Orang Yang Minum Arak
Diantara Akibat Minum Arak
MENCURI Maksud Mencuri Mencuri ialah mengambil barang kepunyaan orang lain dengan sengaja dan secara senyap dari tempat simpanannya Hukum Mencuri Hukum mencuri adalah haram dan berdosa besar Hukuman Yang Dikenakan Keatas Pencuri
Hikmah Hukuman Mencuri
Diantara Akibat Mencuri
Rujukan Kitab Jenayah darjah VI (JPI, KHEU) Tauhid PND Thursday, 10 December 2009 Isi Kandungan: 1. Pengenalan Ahli Sunnah WalJama'ah 2. Dasar Pegangan Ahli Sunnah WalJama'ah 3. Perkara Yang Merosakkan Akidah 4. Ajaran Sesat 5. Sifat Yang Wajib 6. Sifat Yang Mustahil 7. Sifat Yang Harus Bagi Allah Pengenalan Ahli Sunnah WalJama'ah Ahli Sunnah ialah penganut sunnah Nabi Muhammad SAW. WalJama'ah ialah penganut I'tiqad sebagai I'tiqad Jama'ah yang dianut oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW. Ahli Sunnah WalJama'ah ialah orang yang menganut I'tiqad sebagai I'tiqad yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda. Dasar Pegangan Ahli Sunnah WalJama'ah Dasar kepercayaan yang dipegang oleh Ahli Sunnah WalJama'ah yang terkandung dalam Rukun Iman, ialah
Perkara Yang Merosakkan Akidah Aqidah seseorang boleh rosak melalui salah satu daripada tiga perkara, iaitu:
Antaranya ialah:
Antaranya ialah:
Antaranya ialah:
Ajaran Sesat Ajaran sesat ialah apa jua ajaran, kepercayaan, perbuatan atau amalan yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam Ciri-Ciri Ajaran Sesat Diantara ciri-ciri ajaran sesat ialah:
Sifat Yang Wajib
Sifat Yang Mustahil
Sifat Yang Harus Bagi Allah Adalah sifat yang harus bagi Allah Ta'ala hanya sama jua iaitu memperbuat segala kejadian atau tiada memperbuat akan dia. Maka lawannya wajib Tuhan menjadikan alam atau meninggalkan daripada menjadikannya. Rujukan:
|
INTRO We're ONE in HEART.
Profile EyeSpotters! Typical students from PND ICE group. Also known as the ICE BABIES. :D Officers: Ziana Binti Haji Mahmud (Supervisor) Chao Jeng (PA) Hafizz Bakar (Secretary) Afiq Albino (TSO 01) Lianna Halim (TSO 02) Bunga Bby Chowder (Treasurer) Admins: Shenzou Amakuza Venney Suzana Asrinnatul Najiah Prince Azri Latiif MLHP Yunus Wan Juwaidi AchieZz NhzYunus Ayu Mumin Adekz Devilz Sarah Rusyde Fae Dorian Syukri Amal Lina Nabihah Meng Karimah Bab Hafidzul Tagboard scream it out loud Traffic Traffics Affiliates you're on your way Archive gone with the wind » November 2009 » December 2009 » January 2010 » March 2010 » June 2010 Credits take a big bow Cbox: Ayu Qirah Mumin. Layout : Janani. Background : Photobucket. | |