|
Pnd Munakahat Wednesday, 23 December 2009 PENGENALAN NIKAH Apa yang dimaksudkan dengan nikah itu? Nikah ialah suatu akad (ijab dan qabul) bagi menyatukan lelaki dan perempuan dalam satu ikatan buat mengharuskan dan menghalalkan pergaulan dan persetubuhan menurut syarat-syarat yang tertentu oleh syara' HIKMAH PERKAHWINAN Perkahwinan mempunyai banyak faedah dan hikmah, antaranya;
HUKUM NIKAH Apa hukum nikah itu? Hukumnya adalah sunat kerana menurut jejak langkah rasulullah sallallahu alaihi wasalam. Dalam pada itu dari segi-segi tertentu hukumnya adalah seperti berikut :
belanja kahwin b. Ia tidak mempunyai keinginan hendak kahwin tetapi sudah ada di perolehinya belanja kahwin itu, tetapi ada padanya penyakit seperti lemah zakarnya atau ia sudah tua.
MELIHAT PEREMPUAN Apa hukum melihat perempuan yang di cadangkan akan di kahwini itu? Sunat bagi orang yang bercadang akan mengkahwini seseorang perempuan itu melihat akan perempuan itu pada muka dan dua tapak tangannya ( zahir dan batin ) hingga pergelangannya, walaupun tanpa izin perempuan itu. Apa hukumnya seorang perempuan melihat lelaki yang di kehendakinya akan menjaid suami? Sunat bagi perempuan itu melihat lelaki tersebut selain daripada di antara pusat dan lutut lelaki itu. Apa hukumnya bagi lelaki melihat perempuan? Hukumnya adalah haram selain daripada perkara-perkara berikut : a. Kerana hendak di ambilnya menjadi isteri b. Kerana naik saksi ke atasnya c. Kerana berniaga atau barang sebagainya d. Kerana mengajar ilmu pengetahuan yang berguna e. Kerana hendak mengubati. ( termasuk membantu melahirkan anak ) f. Kerana ia hakim memberi hukum keatasnya atau baginya dengan sesuatu hukum MEMILIH PASANGAN (PEMILIHAN) Apakan dasar-dasar yang patut di jadikan pegangan dalam memilih seseorang perempuan yang akan di kahwini itu? Pegangan dalam memilih seseorang perempuan yang akan di kahwini itu adalah berdasarkan kepada taat kepada agama, dan inilah dasar yang di utamakan, di samping itu ada tiga dasar yang lain lagi iaitu :
Terangkan sunat-sunat dalam memilih perempuan yang di kahwini itu ? Adalah sunat hukumnya berkahwin dengan perempuan seperti berikut :- i. Taat kepada agama ii. Diketahui ibu bapanya iii. Keturunan orang baik-baik iv. Baik rupanya sekira-kira menarik keinginan suami v. Keturunan orang peranak vi. Pengasihan vii. Sempurna akalnya viii. Baik perangainya ix. Sudah baligh x. Tiada mengandung xi. Kurang maharnya xii. Bukan keluarga terdekat ( sepupu ) xiii. Anak dara Apa hukumnya jika perempuan itu terlebih cantik daripada sekalian perempuan yang banyak? Hukumnya adalah makruh. Apa hukumnya bagi perempuan dan walinya dalam memilih lelaki yang akan di kahwini oleh perempuan itu? Hukumnya adalah sunat. PEREMPUAN YANG HARAM DI NIKAHI Terangkan sebab-sebab perempuan yang haram di nikahi itu? Sebabnya ada tujuh iaitu :- • Sebab keturunan • Sebab susuan Haram selama-lamanya • Sebab berambil-ambilan • Sebab permaduan • Sebab kafir • Sebab isteri orang • Sebab dalam iddah 1 . Sebab Keturunan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi di sebabkan oleh keturunan itu? Ada tujuh jenis iaitu : - a. Ibu b. Anak perempuan c. Saudara perempuan ( adik-beradik ) d. Saudara perempuan bagi ibu ( ibu saudara sebelah ibu ) e. Saudara perempuan bagi bapa ( ibu saudara sebelah bapa ) f. Anak perempuan bagi saudara lelaki ( anak buah ) g. Anak perempuan bagi saudara perempuan ( anak buah ) 2. Sebab Susuan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi di sebabkan oleh susuan itu? Ada enam jenis :- a. Ibu susuan b. Anak perempuan susuan c. Saudara perempuan susuan d. Saudara perempuan bagi ibu susuan e. Saudara perempuan bagi bapa susuan f. Anak perempuan bagi saudara susuan Apakah syarat-syarat susuan itu ? Syarat-syarat susuan itu ada sepuluh perkara :- i. Hendaklah umur perempuan yang menyusukan itu telah sempurna sembilan atau lebih ii. Hendaklah air susu itu dari perempuan yang hidup iii. Hendaklah yang keluar dari susu perempuan itu ialah air susu, bukan yang lain daripada air susu umpamanya darah. iv. Hendaklah perempuan yang menyusui itu bukan pondan yang belum tentu ia adalah perempuan ( khunsa musykil ) v. Hendaklah air susu perempuan itu terjadi daripada nikah vi. Hendaklah umur kanak-kanak yang menyusu itu kurang daripada dua tahun vii. Hendaklah air susu yang di hisap oleh kanak-kanak itu sampai kedalam perutnya viii. Hendaklah ia menyusu itu genap lima kali menurut kebiasaan ix. Hendaklah lima kali susuan itu bercerai-cerai masa dan tempatnya di antara satu dengan yang lain x. Hendaklah lima kali susuan itu dengan yakin Bagaimana mensabitkan susuan itu? Susuan itu sabit dengan dua orang saksi lelaki, atau dengan seorang lelaki bersama-sama dengan dua orang perempuan, atau dengan empat orang perempuan dan ikrar dengan susuan itu pula tiada sabit melainkan dengan dua orang saksi lelaki. Dan di syaratkan pada saksi susuan itu hendaklah disebutkan waktu menyusunya, bilangan-bilangan menyusu, bercerai-cerai susuan itu, dan sampai susu itu ke dalam perut anak itu. Dan cara mengetahui susuan itu sampai kedalam perutnya diantaranya ialah melalui karenah iaitu is menghisap susu dan bergerak-gerak halkumnya dan memang ia mengetahui bahawa perempuan yang menyusu itu mempunyai air susu. 3. Sebab berambil-ambilan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi di sebabkan oleh berambilan-ambilan ( semenda ) itu ? Ada empat jenis, iaitu :- I. Mertua II. Menantu III. Ibu tiri IV. Anak tiri * Haram Selama-lamanya Adapun perempuan-perempuan yang haram di nikahi dengan sebab : - • Sebab keturunan • Sebab susuan • Sebab berambil-ambilan adalah haram selama-lamanya. 4. Sebab Permaduan Berapa jenis perempuan yang haram di nikahi dengan sebab permaduan itu ? Ada empat jenis iaitu : 1. Saudara perempuan bagi isteri 2. Anak perempuan bagi saudara isteri 3. Saudara perempuan bagi bapa / isteri 4. Saudara perempuan bagi ibu isteri Adakah haram menikahi perempuan dengan sebab permaduan itu untuk selama-lamanya atau sementara saja? Haramnya adalah dibuat sementara saja. Bilakah masanya ia di haruskan? Ia di haruskan dengan adanya salah satu daripada sebab-sebab berikut : • Isterinya itu sudah meninggal • Isteri itu sudah di talak ( cerai ) dengan talak tiga walaupun belum habis edahnya. • Isteri itu sudah di talak dengan talak satu, atau talak dua dengan syarat edahnya sudah sempurna di laluinya. 5.Sebab Kafir Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram di nikahi dengan sebab kafir itu? Maksudnya ialah lelaki yang beragama islam adalah haram hukumnya bernikah dengan perempuan yang tidak beragama islam, kecuali jika perempuan yang dikenali itu adalah kafir kitabiah ( ahli kitab ) Apa hukumnya perempuan Islam bernikah dengan lelaki bukan islam ? Hukumnya adalah haram walaupun lelaki itu di kenali sebagai kafir kitabiah 6.Sebab isteri orang Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram di nikahi dengan sebab isteri orang itu ? Perempuan yang sedang bersuami adalah haram di nikahi dan nikah itu adalah tidak sah, walaupun suaminya itu ghaib dan tidak lagi ada khabar beritanya. 7.Sebab dalam edah Apakah yang dimaksudkan dengan perempuan yang haram di nikahi dengan sebab dalam edah? Perempuan yang telah bercerai dari suaminya tetapi perempuan itu masih dalam edah adalah haram hukumnya perempuan itu di nikahi oleh lelaki yang lain, dan nikah itu adalah tidak sah. RUKUN NIKAH Rukun nikah itu ada lima , iaitu :- 1. Suami 2. Isteri 3. Wali 4. Dua orang saksi 5. Ijab dan qabul 1.Suami Syarat-syarat lelaki yang ingin menjadi suami itu ada enam syarat, iaitu :- i. Hendaklah ia halal nikah dengan perempuan yang akan di kahwininya itu ii. Hendaklah nikah itu dengan kemahuannya iii. Hendaklah ia mengetahui akan diri perempuan yang akan di nikahinya itu iv. Hendaklah ia tidak di dalam ihram kerana mengerjakan ibadat haji atau umrah v. Hendaklah ia tidak mempunyai isteri empat orang vi. Hendaklah nyata ia seorang lelaki 2.Isteri Syarat-syarat perempuan yang ingin menjadi isteri itu ada tujuh syarat, iaitu :- i. Hendaklah ia halal nikah dengan lelaki yang akan menikahinya itu ii. Hendaklah perempuan itu tertentu orangnya iii. Hendaklah ia tidak di dalam Ihram kerana mengerjakan ibadat Haji atau Umrah iv. Hendaklah ia bukan isteri orang v. Hendaklah ia tidak di dalam edah dari suaminya yang lain vi. Hendaklah ia beragama islam ( atau kafir kitabiah ) vii. Hendaklah ia nyata seorang perempuan. 3.Wali Wali ialah pemilihara atau penjaga yang bertanggungjawab terhadap perempuan yang akan di nikahkan itu seperti bapa, dato, saudara lelaki dan bapa saudara sebelah bapa. Syarat-Syarat Wali Ada lapan :- i. Hendaklah ia Islam ii. Hendaklah ia lelaki iii. Hendaklah ia baligh iv. Hendaklah ia berakal v. Hendaklah dengan kemahuannya vi. Hendaklah ia tidak fasil vii. Hendaklah ia tidak di dalam Ihram kerana mengerjakan ibadat haji atau umrah 4.Dua Orang Saksi Syarat-syarat bagi dua orang saksi itu ada dua belas iaitu :- i. Hendaklah ia islam ii. Hendaklah ia lelaki iii. Hendaklah ia dua orang iv. Hendaklah ia berakal v. Hendaklah ia sudah baligh vi. Hendaklah ia melihat vii. Hendaklah ia merdeka viii. Hendaklah ia mendengar ix. Hendaklah ia dapat berkata-kata x. Hendaklah ia mengerti maksud Ijab dan Qabul xi. Hendaklah ia adil xii. Hendaklah ia bukan bapa atau wali yang tertentu bagi perempuan yang bernikah itu. 5.Ijab Dan Qabul. Syarat-syarat bagi Ijab dan Qabul itu ada lapan iaitu :_ i. Hendaklah Ijab itu di ikuti oleh Qabul dengan segeranya ii. Hendaklah Ijab dan Qabul itu di dengar oleh kedua orang saksi yang mengerti akan maksudnya. iii. Hendaklah bersamaan Ijab dan Qabul itu pada maknanya, walaupun bersalahan pada lafaznya. iv. Hendaklah Ijab dan Qabul itu tidak bertaklik. v. Hendaklah Ijab dan Qabul itu tidak di hadkan waktunya. vi. Hendaklah di sebutkan dengan khusus perempuan yang di nikahkan itu di dalam Ijab dan Qabul itu vii. Ijab dan Qabul itu hendaklah di lakukan dalam bahasa arab. [ dengan kata dasar ‘nikah’ atau ‘tazwij’ ] dan jika dalam bahasa lain maka hendaklah menggunakan terjemahan salah satu daripada kedua-dua perkataan dalam bahasa arab itu dan terjemahannya dalam bahasa melayu ialah ‘aku nikahkan’ atau ‘aku kahwinkan’ viii. Hendaklah Ijab itu tidak berubah sebelum adanya Qabul itu. |
INTRO We're ONE in HEART.
Profile EyeSpotters! Typical students from PND ICE group. Also known as the ICE BABIES. :D Officers: Ziana Binti Haji Mahmud (Supervisor) Chao Jeng (PA) Hafizz Bakar (Secretary) Afiq Albino (TSO 01) Lianna Halim (TSO 02) Bunga Bby Chowder (Treasurer) Admins: Shenzou Amakuza Venney Suzana Asrinnatul Najiah Prince Azri Latiif MLHP Yunus Wan Juwaidi AchieZz NhzYunus Ayu Mumin Adekz Devilz Sarah Rusyde Fae Dorian Syukri Amal Lina Nabihah Meng Karimah Bab Hafidzul Tagboard scream it out loud Traffic Traffics Affiliates you're on your way Archive gone with the wind » November 2009 » December 2009 » January 2010 » March 2010 » June 2010 Credits take a big bow Cbox: Ayu Qirah Mumin. Layout : Janani. Background : Photobucket. | |