|
PND Syllabus (TAHARAH) Thursday, 17 December 2009 Najis Najis ialah benda-benda yang kotor yang menghalang sahnya ibadat tertentu seperti tahi dan muntah.Cara menyucikan najis ialah dengan menghilangkannya. Bersuci daripada najis itu tertentu kepada badan, pakaian dan tempat. Air Bahagian Air Air terbahagi kepada empat bahagian, iaitu;
Air Mutlak Air mutlak ialah air yang turun dari langit atau keluar dari bumi dalam keadaan sifat asal kejadiannya. Adapun air yang turun dari langit dan yang keluar dari bumi itu mengandungi tujuh perkara;
Air Musyammas Air Musyammas ialah air yang dipanaskan oleh cahaya matahari pada negeri yang panas pada bejana (bekas) yang menerima tukul (tagar) selain daripada bejana emas dan perak. Air Musta'mal Air musta'mal ialah air yang kurang daripada dua kolah yang telah digunakan bagi mengangkat hadas, iaitu air yang digunakan pada membasuh yang pertama pada wudhu yang wajib dan mandi yang wajib, atau air yang telah digunakan untuk menghilangkan najis dan air itu tidak berubah atau bertambah timbangannya. Air Mutanajis Air mutanajis ialah air yang jatuh najis kedalamnya serta berubah rasanya atau baunya atau warnanya sekalipun air itu sampai dua kolah, atau air itu tidak sampai dua kolah yang najis kedalamnya sekalipun sifat air itu tidak berubah. Sukatan Air Air yang banyak ialah air yang terkumpul sebanyak dua kolah atau lebih, dan air yang sedikit ialah air yang terkumpul yang kurang daripada dua kolah. Cara mengetahui air dua kolah itu ada berbagai cara; 1. sukatan dua kolah ialah tiga belas tin minyak tanah biasa 2. Timbangan dua kolah ialah lima ratus kati Baghdad bersamaan dengan tiga ratus tujuh belas kati brunei 3. Ukuran bekas air yang bersamaan dengan dua kolah itu ialah: I. Jika bekas itu bulat maka tingginya ialah dua hasta setengah (2 1/2) dan bulatannya ialah satu hasta (1) II. Jika bekas itu empat persegi, maka tingginya satu hasta suku (1 1/4) dan lebar tiap-tiap seginya juga satu hasta suku juga (1 1/4) Bahagian Najis Najis tebahagi kepada tiga bahagian:
Najis Mukhafafah (ringan)
Cara menyucikan najis Mukhafafah ialah dengan dibuang najis itu, kemudian dipercikkan air di merata-rata tempat yang kena najis itu, dengan tidak disyaratkan air itu mengalir. Najis Mughalazah
Cara menyucikan najis Mughalazah ialah dengan membasuh tempat yang kena najis itu tujuh kali dan sekali daripada dengan air bercampur dengan tanah yang suci. Najis Mutawasittah Najis Mutawasittah ialah najis yang lain daripada najis Mukhafafah dan najis Mughalazah seperti:
Bahagian Najis Mutawasittah Ada dua iaitu;
Cara menyucikan najis Ai'nah ialah memadai dengan mengalirkan air pada tempat yang terkena najis itu. Cara menyucikan najis Hukmiah ialah dengan dibuang najis itu, kemudian dibasuh tempat yang kena najis itu dengan air hingga rasanya, baunya dan warnanya. Hadas Hadas terbahagi kepada dua iaitu;
Hadas kecil Hadas kecil ialah orang yang tidak berwudhu. Dan sebab berhadas kecil ialah seperti;
Perkara yang diharamkan keatas orang yang berhadas kecil ada empat
Hadas Besar Hadas besar ialah orang yang melakukan atau berlaku keatasnya perkara yang mewajibkan mandi itu ada enam perkara;
Perkara yang diharamkan keatas orang yang berhadas besar (bagi bersetubuh dan keluar air mani) ada enam perkara:
Wudhu Wudhu ialah membasuh anggota-anggota yang tertentu dengan air berserta niat yang tertentu Syarat-Syarat Wudhu Syarat-syarat wudhu itu ada tujuh;
Rukun Wudhu Rukun Wudhu itu ada enam
Sunat-sunat wudhu
Rujukan Zainut Talib penggal pertama (Taharah dan Solah) |
INTRO We're ONE in HEART.
Profile EyeSpotters! Typical students from PND ICE group. Also known as the ICE BABIES. :D Officers: Ziana Binti Haji Mahmud (Supervisor) Chao Jeng (PA) Hafizz Bakar (Secretary) Afiq Albino (TSO 01) Lianna Halim (TSO 02) Bunga Bby Chowder (Treasurer) Admins: Shenzou Amakuza Venney Suzana Asrinnatul Najiah Prince Azri Latiif MLHP Yunus Wan Juwaidi AchieZz NhzYunus Ayu Mumin Adekz Devilz Sarah Rusyde Fae Dorian Syukri Amal Lina Nabihah Meng Karimah Bab Hafidzul Tagboard scream it out loud Traffic Traffics Affiliates you're on your way Archive gone with the wind » November 2009 » December 2009 » January 2010 » March 2010 » June 2010 Credits take a big bow Cbox: Ayu Qirah Mumin. Layout : Janani. Background : Photobucket. | |