Tauhid PND
Thursday, 10 December 2009

Isi Kandungan:

1. Pengenalan Ahli Sunnah WalJama'ah
2. Dasar Pegangan Ahli Sunnah WalJama'ah
3. Perkara Yang Merosakkan Akidah
4. Ajaran Sesat
5. Sifat Yang Wajib
6. Sifat Yang Mustahil
7. Sifat Yang Harus Bagi Allah

Pengenalan Ahli Sunnah WalJama'ah

Ahli Sunnah ialah penganut sunnah Nabi Muhammad SAW.

WalJama'ah ialah penganut I'tiqad sebagai I'tiqad Jama'ah yang dianut oleh sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.

Ahli Sunnah WalJama'ah ialah orang yang menganut I'tiqad sebagai I'tiqad yang dianut oleh Nabi Muhammad SAW dan sahabat-sahabat baginda.

Dasar Pegangan Ahli Sunnah WalJama'ah

Dasar kepercayaan yang dipegang oleh Ahli Sunnah WalJama'ah yang terkandung dalam Rukun Iman, ialah
  1. Percaya kepada Allah SWT
  2. Percaya kepada Malaikat
  3. Percaya kepada Rasul-Rasul
  4. Percaya kepada Kitab-kitab
  5. Percaya pada Hari Kiamat
  6. Percaya kepada Qada dan Qadar
Perkara Yang Merosakkan Akidah

Aqidah seseorang boleh rosak melalui salah satu daripada tiga perkara, iaitu:
  • I'tiqad
  • Perbuatan
  • Perkataan
I'tiqad

Antaranya ialah:
  1. Syak (ragu) adanya Tuhan
  2. Mempercayai Allah menjelma didalam diri seseorang
  3. Mengaku dirinya sebagai Nabi
  4. Mengaku sebagai wakil Nabi yang boleh memberikan syafa'at kepada seseorang
  5. Pengakuan seseorang itu dibolehkan meninggalkan sembahyang Juma'at kerana mengamalkan sesuatu amalan tarikat yang sesat
  6. Pengakuan seseorang boleh menebus dosa sama ada dengan wang atau sebagainya
  7. Mempercayai adanya Nabi selepas wafat Nabi Muhammad SAW
  8. Mengubah syari'at yang telah ditetapkan oleh Allah SWT seperti mengubah tempat menunaikan haji dari Makkah ke suatu tempat yang lain
  9. Mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi
  10. Menghalalkan perkara yang diharamkan seperti minum arak dan mengharamkan perkara yang dihalalkan seperti berkahwin
Perbuatan

Antaranya ialah:

  1. Menghina Allah seperti menulis namaNya ditandas
  2. Menghina Nabi Muhammad SAW seperti melukis wajahnya
  3. Menghina Al-Quran seperti mengoyak-ngoyak lembarannya
  4. sujud kepada manusia dengan sukarela
  5. berdoa dihadapan busut
Perkataan

Antaranya ialah:

  1. Mengatakan Allah itu zalim atau tidak adil
  2. Mengatakan Nabi Muhammad SAW menyebarkan agama Islam secara kekerasan
  3. Mengucapkan 'hai kafir' kepada orang Islam
  4. Mengatakan Hari Akhirat itu tidak akan terjadi, syurga dan neraka sebagai cerita dongeng
  5. Menghina Syari'at Islam seperti mengeluarkan zakat itu merugikan
Ajaran Sesat

Ajaran sesat ialah apa jua ajaran, kepercayaan, perbuatan atau amalan yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam

Ciri-Ciri Ajaran Sesat

Diantara ciri-ciri ajaran sesat ialah:

  1. Kepercayaan kepada rukun-rukun iman dan asas-asas aqidah yang bertentangan dan tidak selaras dengan akidah Ahli Sunnah WalJama'ah seperti mempercayai adanya kitab lain yang menyaingi atau memansuhkan kitab suci Al-Quran, mempercayai adanya qiblat lain selain Ka'abah dan seumpamanya
  2. Mempertikaikan kebenaran Al-Quran atau Al-Hadis
  3. Mana-mana ketua kumpulan atau sebarang orang mendakwa diri sendiri atau orang lain sebagai nabi terakhir atau sebagai Nabi Isa As-Salam atau sebagai Iman Mahdi al-Muntazar atau lain-lain
  4. Kepercayaan kepada penyatuan beberapa agama terbesar didunia sebagai agama yang sepatutnya menjadi anutan kepada umat manusia
  5. Pendewaan diri atau kumpulan, atau kumpulan ajaran tersebut yang betentang dengan aqidah Ahli Sunnah WalJama'ah seperti memastikan dirinya atau gurunya adalah ahli syurga, boleh menebus dosa, memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh orang lain umpamanya boleh berkahwin lebih daripada empat
  6. Mengadakan bid'ah atau pendapat baru yang baru yang bertentangan dengan aqidah dan syariah seperti menghapuskan kewajipan berjihad, sembahyang berjemaah, puasa bulan Ramadhan, menunaikan fardhu haji ke Mekkah dan seumpamanya
  7. Mentafsir dan menghuraikan Al-Quran dan Al-Hadis mengikut sesuka hati
Sifat Yang Wajib

  1. Ujud ertinya ada
  2. Qidam ertinya sedia
  3. Baqa ertinya kekal
  4. Mukhalafathu ta'ala lil hawadis ertinya bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baru
  5. Qiamuhu ta'ala binafsih ertinya berdiri Allah Ta'ala dengan sendirinya
  6. Wahdaniah ertinya esa(tunggal)
  7. Qudrah ertinya kuasa Allah Ta'ala
  8. Iradah ertinya menghendaki
  9. Al-ilmu ertinya mengetahui
  10. Al-Hayat ertinya hidup
  11. As-Sama' ertinya mendengar
  12. Al-Basar ertinya melihat
  13. Al-Kalam ertinya berkata-kata
  14. Kaunuhu qadiran ertinya keadaan Allah Ta'ala yang berkuasa
  15. Kaunuhu Murida ertinya keadaan Allah Ta'ala yang menghendaki
  16. Kaunuhu 'Aliman ertinya keadaan Allah Ta'ala yang mengetahui
  17. Kaunuhu Hayan ertinya keadaan Allah Ta'ala yang hidup
  18. Kaunuhu Sami'an ertinya keadaan Allah Ta'ala yang mendengar
  19. Kaunuhu Basiran ertinya keadaan Allah Ta'ala yang melihat
  20. Kaunuhu Mutaka Liman ertinya keadaan Allah Ta'ala yang berkata-kata
Sifat Yang Mustahil

  1. 'Adam ertinya tiada
  2. Huduth ertinya baharu
  3. Turuwwul 'Adam ertinya didatangi oleh tiada
  4. Al-Mumatsalah Lil Hawadis ertinya bersamaan dengan yang baru
  5. Ihtiyai Ilal Ghair ertinya berhajat Allah kepada yang lain
  6. Ta'adud ertinya berbilang-bilang Allah Ta'ala
  7. 'Ajzun ertinya lemah
  8. Karahiyyah ertinya tergagah
  9. Jahlun ertinya yang tiada mengetahui
  10. Al-Maut ertinya mati
  11. As-Shamam ertinya tuli
  12. Al-'Aman ertinya buta
  13. Al-Bakam ertinya bisu
  14. Kaunuhu 'Ajizan ertinya keadaan Allah Ta'ala yang lemah
  15. Kaunuhu Karihan ertinya keadaan Allah Ta'ala yang tergagah
  16. Kaunuhu Jahilan ertinya keadaan Allah Ta'ala yang bodoh
  17. Kaunuhu Sabina ertinya keadaan Allah Ta'ala yang mati
  18. Kaunuhu Ashaman ertinya keadaan Allah Ta'ala yang buta
  19. Kaunuhu A'ma keadaa Allah Ta'ala yang tuli
  20. Kaunuhu Abkam ertinya keadaan Allah Ta'ala yang bisu
Sifat Yang Harus Bagi Allah

Adalah sifat yang harus bagi Allah Ta'ala hanya sama jua iaitu memperbuat segala kejadian atau tiada memperbuat akan dia. Maka lawannya wajib Tuhan menjadikan alam atau meninggalkan daripada menjadikannya.


Rujukan:
  • Pengetahuan Ugama Islam Menengah 2
  • Tauhid darjah IV (JPI, KHEU)
  • Tauhid darjah VI (JPI, KHEU)


(back to the top)

INTRO
We're ONE in HEART.


Get your own Digital Clock




Profile
EyeSpotters!

Typical students from PND ICE group. Also known as the ICE BABIES. :D

Officers:
Ziana Binti Haji Mahmud (Supervisor)
Chao Jeng (PA)
Hafizz Bakar (Secretary)
Afiq Albino (TSO 01)
Lianna Halim (TSO 02)
Bunga Bby Chowder (Treasurer)

Admins:
Shenzou Amakuza
Venney Suzana
Asrinnatul Najiah
Prince Azri
Latiif MLHP Yunus
Wan Juwaidi
AchieZz NhzYunus
Ayu Mumin
Adekz Devilz
Sarah Rusyde
Fae Dorian
Syukri
Amal Lina Nabihah
Meng Karimah
Bab Hafidzul

Tagboard
scream it out loud



Traffic
Traffics



Affiliates
you're on your way

Leeyan Venney Latiif Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link Link

Archive
gone with the wind

» November 2009
» December 2009
» January 2010
» March 2010
» June 2010

Credits
take a big bow

Editor: Leeyan Halim.
Cbox: Ayu Qirah Mumin.
Layout : Janani.
Background : Photobucket.